Thursday 12 December 2019

Apa Yang BEST di Pasar Payang Baru ???


Pasar Kedai Payang 2 yang baru saja beroperasi pada Ogos 2019 ini terletak bersebelahan Sungai Terengganu. Dengan lokasinya yang menarik semestinya akan memberikan pengalaman yang mengujakan kepada pengunjung kerana pasar ini sangat bersih, teratur dan selesa.

Lokasi pasar baharu itu juga tidak jauh dari Pasar Besar Kedai Payang (Pasar Payang) yang lama, namun berbanding pasar sebelum ini, Pasar Payang 2 menyediakan ruang niaga yang lebih luas dengan 762 lot kedai dan kemudahan lain seperti tandas serta surau.
Walaubagaimanapun, pasar ini hanyalah lokasi pemindahan sementara berikutan keputusan kerajaan negeri untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap Pasar Payang lama yang telah dibina sekitar tahun 1960-an itu. Pelbagai jenis barangan dan makanan boleh didapati di Pasar Kedai Payang yang baru ini. Pastinya anda yang berkunjung ke sini akan rambang mata melihat bermacam jenis barangan menarik yang ditawarkan oleh para peniaga disini. Pasar Payang 2 merupakan antara destinasi terbaik yang mesti dilawati oleh setiap pelancong sama ada dari dalam dan luar negara yang datang berkunjung ke Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. Jom cuti-cuti Malaysia ke Kuala Terengganu. Negeri Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-baik 😉

.............................................................................................................................................................

Jom kita tengok Apa Yang BEST di Pasar Kedai Payang 2 yang baharu sahaja dibuka tahun ni.

========================== Jangan lupa SUBSCRIBE ya.. ========================== ......................................................... Pasar Payang 2 is one of the must-visit destinations for every tourist when they arrive in Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia. ......................................................... Lagu : Watimang Landak (Lagu Rakyat Terengganu) #PasarPayang #KualaTerengganu #MehGiJalan #AAAR #CybertechInteractive #Trending #visitterengganu #beautifulterengganu #cuticutimalaysia #bercuti #viral